Saturday, 15 November 2014

THE PRODUCT

                                                     
  PREMIUM BEAUTIFUL CLASSIC





More info click here : INFO PREMIUM BEAUTIFUL


PREMIUM BEAUTIFUL ELEGANCE




BIO VELOCITY SLEEPMATE




Medan Tenaga Manusia

Matahari adalah sumber tenaga yang menggerakkan kesemua kehidupan dalam bumi. Benda hidup adalah makhluk yang bertenaga, atom-atom dan elektron-elektron di dalam badan kita menghasilkan satu aliran medan tenaga di mana ia membekalkan tenaga yang mencukupi untuk sel-sel badan bekerja pada tahap yang optima. Dengan kata lain, tenaga adalah daya hidup dan ia adalah sumber kesihatan dan semangat manusia.
Keseimbangan tenaga adalah berdasarkan kewujudan corak tenaga di dalam dan di sekeliling badan yang membentuk satu matrik yang digunakan oleh badan untuk mengekalkannya dalam keadaan "sihat". Medan tenaga manusia dibentuk untuk mengekalkan kesihatan badan. Sel-sel badan berkomunikasi di antara satu sama lain melalui gelombang (frekuensi) yang unik kepada setiap orang. Semua tisu seperti kulit, hati, tulang dan organ-organ lain mempunyai tenaga dan beresonan ke atas frekuensi tersendiri. Bioresonans bermakna mengedarkan semua frekuensi yang diperlukan untuk rangsangan danpenyelarasan organisma yang muktamad.
Bagaimanapun, pemodenan kini telah membawa kepada kemerosotan medan tenaga manusia secara mendadak. Gaya hidup yang penuh tekanan, penggunaan alat elektronik yang meluas, pencemaran alam, makanan yang tidak seimbang, gaya hidup yang buruk serta toksin-toksin yang dihisap telah membawa ketidakseimbangan frekuensi elektromagnetik atau medan tenaga. Dengan ini, sekatan tenaga dihasilkan justeru mengganggu pengaliran tenaga utama atau daya hidup. Masalah kesihatan kronik mulai timbul dan menjadikan badan sukar untuk menyembuhkan diri.
Tidur Yang Berkualiti
Manusia telah menghabiskan 1/3 daripada masa mereka dalam tidur; oleh itu, tidur dan rehat yang berkualiti adalah penting untuk kesejahteraan kita. Ia adalah penting untuk kesihatan fizikal dan mental, dan untuk mengoptimakan fungsi-fungsi harian kita. Apakah itu tidur yang berkualiti? Tidur yang berkualiti bermakna mempunyai jangka masa rehat yang cukup serta mendalam yang membolehkan seseorang sedar selepas membangun dan segar selepas membangun dan segar sepanjang hari. 
Semasa badan kita rehat, semua sel badan akan diperbaharui dan dibebaskan, kerja-kerja pembaikan ke atas kecederaan dan penyakit-penyakit akan dijalankan; aktiviti-aktiviti otak kita yang mengawal emosi, proses pembuat keputusan dan interaksi sosial dihentikan, membolehkan kita mengekalkan emosi dan fungsi-fungsi sosial yang optima semasa kita membangun. Tidur juga menguatkan minda dan kesedaran, membolehkan kita berasa bertenaga dan lebih berjaga secara fizikal. Ia juga meningkatkan daya ingatan dan keupayaan belajar; mengurangkan tekanan, rasa kebimbangan dan kerisauan. Tidur yang berkualiti menjaga kesihatan hati kita dan mengurangkan risiko kemurungan.
BV Sleep Mate
Anda boleh memulihkan keseimbangan dan kesihatan anda secara mudah dengan kuasa penyembuhan BV Sleep Mate. Pelapik tilam ini khas dibuat untuk memenuhi keperluan individu anda. BV Sleep Mate menolong membetulkan frekuensi yang tidak harmoni, meneutralkan gelombang berbahaya sambil menguatkan gelombang positif yang membentuk aura yang sihat dalam organisma. Dengan mempengaruhi pengaliran tenaga, kita boleh menyihatkan badan dengan mencapai tahap kesihatan yang sempurna, mengimbangkan dan meningkatkan keseluruhan aktiviti badan dan minda. Apabila anda bangun daripada tidur, anda berasa lebih cergas dan bertenaga. Dalam penggunaan jangka masa panjang, ia memberi manfaat kepada badan di mana ia boleh mengekalkan kesihatan kita, meningkatkan sistem imun dan juga memberi hidup yang berkualiti.
Ujian klinikal menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap tenaga ke atas subjek yang signifikan selepas menggunakan BV Sleep Mate
More info click here : INFO BIO VELOCITY SLEEPMATE


MINERAL COFFEE


Aroma istimewa Hai-O Mineral Coffee berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. Hai-O Mineral Coffee bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.

  • Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan.
  • Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan kalium.
  • Menghilangkan keletihan fizikal dan mental.
  • Melegakan tekanan.


                 GARLIC      
    

Hai-O Garlic mengaplikasikan teknologi canggih untuk mengekstrak intipati bawang putih, pada masa yang sama menyingkirkan rasa tajam dan bau yang tidak menyenangkan, serta mengekalkan keberkesanan dan nutrisi bawang putih. Bawang putih mengandungi puluhan ramuan yang berguna termasuk: 33 jenis sulfida, 17 jenis asid amino, mineral termasuk germanium, kalsium, besi, kalium, magnesium, selenium, zink dan vitamin seperti Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin C dan sebagainya. Ia amat berguna untuk melawan kolesterol dalam badan dengan membekalkan kolesterol baik (HDL) dan menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) serta mengurangkan trigliserida. Hai-O Garlic tidak merangsangkan membran lendir perut, mudah diserap oleh usus kecil dan kesannya berlipat ganda.


  • Membantu menurunkan kandungan lemak darah dan kolesterol darah, mencegah penyakit kardiovaskular dan arteriosklerosis.
  • Menghalang pembekuan darah untuk  mencegah berlakunya trombosis.
  • Membantu dalam fungsi penghadaman dan membuka selera, melegakan perut kembung dan ulser peptik.
  • Membasmi kuman dan keradangan serta mencegah jangkitan penyakit.
  • Membantu menyelaras gula darah dalam badan.
  • Menggalakkan peredaran darah dan metabolisme.
         

        BIO VELOCITY ALFALFA CONCENTRATED



Apakah itu Alfalfa? 
Alfalfa adalah tumbuhan berbunga dalam kumpulan kekacang yang hidup antara empat hingga lapan tahun tetapi boleh menjangkau sehingga 20 tahun, bergantung kepada jenis baka dan cuaca. Tumbuhan berbunga kecil berwarna ungu ini boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter. Alfalfa mempunyai akar yang sangat panjang dengan sistem akar yang berselirat sehingga menjangkau 15 meter yang menjadikan alfalfa begitu hebat dalam menyerap mineral dan vitamin yang berada jauh di dalam tanah yang sukar dicapai oleh tumbuhan biasa yang lain. Selain itu, akarnya yang panjang dan berselirat menjadikan ia mampu bertahan semasa kemarau.

Menyahtoksid
Bahan beracun dan toksid berlegar di sekeliling kita. Badan kita juga mengeluarkan sisa metabolisme yang perlu dineutralkan dan dinyahtoksid setiap hari. Alfalfa membantu mengeluarkan sisa bahan beracun dan tercemar daripada badan. 

Menggalakkan sistem penghadaman yang baik
Alfalfa mengandungi sejenis enzim pencernaan yang dipanggil betaine yang membantu menggalakkan proses pencernaan yang baik.

Mengalkalikan badan

Tubuh badan berasid adalah umpama magnet yang menarik penyakit. Alfalfa membantu  meneutralkan keasidan badan di samping sifat alkali semulajadinya untuk mencegah atau membantu mengurangkan masalah kesihatan.

Menghilangkan bau nafas
Alfalfa mengandungi khasiat yang boleh mencegah masalah nafas dan badan berbau yang diakibatkan oleh masalah penghadaman. Seterusnya, ia membantu meningkatkan fungsi imuniti badan. 

Mengurangkan haba badan yang berlebihan
Sesetengah makanan menyebabkan badan berasa panas. Salah satu kegunaan Alfalfa yang paling popular adalah untuk mengurangkan masalah panas badan.

Menambahkan darah dan menyampaikan lebih banyak oksigen penting
Klorofil iaitu pigmen hijau yang terdapat dalam alfalfa adalah hampir sama dengan hemoglobin, pigmen merah dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Khasiat klorofil dalam alfalfa boleh meningkatkan bilangan sel-sel darah merah di dalam badan dan seterusnya  meningkatkan keupayaan membawa oksigen yang diperlukan oleh sistem badan.


                                                                  BB PLUS


Penuaan merosakkan kolagen dan seterusnya merosakkan kulit
Kolagen membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit. Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita. Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.

Faktor penuaan luaran dan dalaman boleh merosakkan fiber protein, fibroblas dan vitamin yang diperlukan untuk merangsang penghasilan kolagen. Kekurangan kolagen adalah antara faktor penyebab terjadinya proses penuaan kulit.

Mengapa memilih BB Plus?
BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan  mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik. 

Bagaimana BB Plus Bertindak?
Mod tiga tindakan:
1. Memulih  - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi
                         rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida  
3. Memperbaharui -  Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru

Dos apakah yang efektif?
Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.

Bagaimanakah dengan aksi perlindungan antioksida tambahan?
Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis

Bagaimanakah BB Plus dapat meningkatkan kualiti kulit?
Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?
Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.

7 Hasil Kulit Cantik
1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab  
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari


Hai-O Garam Buluh (Bamboo Salt) Premier Drink



Hai-O Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai ramuan utamanya. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea. Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk. Selepas proses pembakaran, bahan berbahaya seperti logam berat dan kotoran yang ada dalam garam telah dineutralkan atau disingkirkan, manakala intipati pokok pine (resin pine, minyak pine) dan buluh (200 lebih jenis elemen surih yang diperlukan oleh badan) bercampur ke dalam garam dan menambahkan kandungan ion logam inorganik yang diperlukan oleh badan manusia seperti magnesium, kalsium, kalium, kuprum, ferum, zink dan sebagainya.

Apakah bezanya Hai-O Garam Buluh dengan garam biasa?


Hai-O Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai sumber. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea. Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk. Garam buluh telah menyingkirkan bahan berbahaya terhadap badan (misalnya logam berat dan bahan kimia) dalam proses pembuatannya, pada masa yang sama meningkatkan nilai nutrisinya. Kebanyakan garam melalui pemprosesan kimia, kandungan natrium adalah lebih tinggi, justeru itu, pengambilan masa panjang akan memudaratkan kesihatan.

Bolehkah kanak-kanak dan ibu mengandung mengambil Hai-O Garam Buluh?


Boleh, dengan saiz pengambilan yang kurang iaitu ¼ hingga ½ bungkus.

Bolehkah pesakit tekanan darah tinggi mengambil Hai-O Garam Buluh?


Boleh, kandungan natrium dalam garam buluh adalah sangat rendah, tidak akan mempengaruhi tekanan darah. Manakala kandungan bahan mineral yang banyak dapat memperbaiki kesihatan badan.

Hai-O Garam Buluh mempunyai bau yang tidak menyenangkan, apakah bau itu? Adakah ia membahayakan badan manusia?


Bau garam buluh adalah bau semulajadi yang terhasil selepas pembakaran dengan buluh dalam proses pembuatannya. Ia tidak membahayakan badan manusia.

Bolehkah garam makan seharian diganti dengan Hai-O Garam Buluh?


Boleh, Hai-O Garam Buluh kaya dengan bahan mineral dan elemen surih, dapat menggantikan garam biasa sepenuhnya.















No comments:

Post a Comment